Friday, November 17, 2006

khadijah

khadijah,
katamu kau kuat dan hebat,
gagah dan berani,
yakin pada diri,
seorang yang tabah hati,

khadijah,
omongmu kau akan jaga diri,
kau akan pelihara budi,
kau akan awasi minda,
kau akan lindungi hati,

Tapi,
tika dirimu diamuk ombak resah,
kau lemas jua di dasarnya,
bila tanganmu ditarik dugaan dunia,
kau mula tak betah menanggungnya,

Kau mungkin sudah lupa,
kau lupa Khadijah,
kata-katamu yang kau calit di warkah,
impian dan pedoman yang kau ukir dengan mata pena,
setulus hati kau kata mahu contohi RHA...
sepenuh jiwa kau semat mahu beliau menjadi idolamu,
kau kata lagi,
sempena namamu yang kembar dengannya,
kau usung nama dia Khadijah,
ke sana ke mari,
amanah dan tanggungjawabmu tetap sama dengannya,
juga kau pikul saban waktu...

Namun,
bisa kau lunaskan apa yang kau junjung itu,
bisa kau laksanakan apa yang kau janjikan itu,
mana mungkin Khadijah,
kau tak mampu,
andai kau terus dibuai dengan ilusimu,
kau tenggelam dalam khayalanmu,
sedih RHA barangkali jika beliau tahu kau permainkan butir bicaramu,
kau mungkir titahmu sendiri...

...,hmmm................................,

Allahuakbar,
mujur lekaku tak lama,
sinar hidayah membuka pandangan dan hatiku,
hikmah namanya,,,
juga namaku...
Khadijah...
Aku mahu bangkit dari diri yang dahulu,
Jaga dari lena menjadi Khadijah yang baru,
masa lalu sudah jauh meninggalkan aku,

hmm,......
biarlah ia jauh...
asalkan diriku kembali dengan Mahabbah Rabbul Izzati,,,
gusar jiwaku,
kiranya Karahah-Nya yang datang dahulu kepada ku,
sia-sia hidupku selama ini...

Diriku,
kau berubahlah,
naluriku,
kau bantulah diriku,
gapai cita-citaku yang satu
dikalbu ini,
aku mahukan Khadijah ku...

No comments: